ads

membina negara bangsa - 1Malaysia



hayyy guys, hehe , update di malam hari nihh.. hehe. 
mati akal you nak update ape . haha , sekali terpandang dekat pendrive ada karangan youu
haha, karangan pertandingan masa form5. terpilih? entahh lah. cikgu yang nak hantar,

cube korang bace. good dak?


Saban hari kita dihidangkan dengan berita tentang tindakan sadis golongan remaja  metropolitan. Fenomena yang menjadi lumrah ini semakin kronik akibat landaan gelombang globalisasi.  Sejajar dengan itu, pihak kerajaan telah memanifestasikan satu transformasi kea rah pembentukan negara bangsa.  Sebenarnya, pembinaan negara bangsa  Malaysia telah diperkenalkan sejak tahun 1957 lagi dan terus berkekalan sehingga ke hari ini. Namun, usaha murni ini memerlukan perkongsian bijak antara kaum dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan social. Oleh itu, semua pihak sama ada tua mahpun muda disarankan agar mengembleng tenaga bagi merelisasikan negara dan bangsa Malaysia yang bersatu padu persis peribahasa berat sama dipiku, ringan sama dijinjing. Mantan Perdana Menteri ke-4, Tan Sri Dr. Mahathir Mohamad menyeru agar anak bangsa mengamalkan dasar pandang ke timur, kita dapat menyaksikan bahawa negara-negara pesat seperti Jepun dan Korea sudh lama merangkak mendepani era modenasi dan cabaan abad ke-21.
            Selaras dengan era teknologi maklumat dan komunikasi, ledakan informasi yang syumul dan radikal sering menghambat seantero pelosok negara sekaligus menyebabkan hubungan antara variasi kaum perlu disemarakkan. Amalan kemasyarakatan seperti saling bertegur sapa dan saling mengunjungi dapat membantu mengeratkan silaturahim antaraa kaum. Transformasi   1Malaysia mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu dalam kalnagan masyarakat hari ini. Mengimbau tanggal  31 Ogs 1970, Rukun Negara telah diisytiharkan sebagai ideologo kebangsaan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-4. Jika ditelusuri, defnisi rukun negara adalah satu ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa  Malaysia. Pelaksanaan gagasan 1Malaysia dpatmemupuk perpaduan di kalangan rakyat  Malaysia pelbagai kaum yang turut bertujangkan beberapa nilai penting yang sewajarnya menjadi amalan setiap anak watan. Perubahan budaya  yang berlaku di negara ini, sejak azali lagi menunjukkan bahawa penerapan nilai-nilai murnidalam diri individu dilakukan tanpa paksaan. Bukan itu sahaj, penerapannila-nilai holistik ini bakal meledakkan perpaduan kaum yang utuh dan kukuh.
            Laungan merdeka 54 tahun yang lalu adalah hasil permuafakatan antara kaum di Tanah Melayu. Rentetan senario itu, permuafakatan sememangnya telah membentuk satu teras utama dalam hala tuju negara menuju kegemilangan bermula sejak kemerdekaan dicapai.  Dari perspektif lain, rakyat Malaysia perlu dimajukan terlebih dahulu dan ini memberikan impakyang luar jangkaan menghirup udara hasil perpaduan yang sotisfikated. Realitinya, penerusan agenda membina negara bangsa kini menjadi asas kepada kemakmuran negara yang dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Dalam erti kata lain, dasar reformasi ini pasti dapat mmbina sebuah masyarakat progresif menjelang tahun 2020. Umum mengetahuibhawa, kita sering mengimbas kenangan lalu tetapi jarang sekaliberusaha mengejar impian hari esok. Ironinya, semangat perpaduan perlu disemai sejak di bangku sekolah. Hal ini bertepatan dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Ketegaran perpaduan masyarakat negara ini bukan sahaja menjadi cerucuk uatama mencorakkan negar berdaulat namun turut menjadikan negara ini berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara mahsyur di dunia ini. Gagasan ‘ pemuda harapan bangsa, pemudi tiang bangsa ‘ akan dapat direalisasikan sekiranya usaha –usaha murni ini diterapkan dalam kehidupan seharian. Seperti yang kita sedia maklumi, prinsip-prinsip perlembagaan persekutauan memaparkan identiti-identiti  etnik setiap kaum di Malaysia yang patut dibanggakan. Dengan adanya gagasan ini maka terbentuklah satu formula baru yang membantu memastikan aspirasi negara tercapai sekaligus amalan ini dapat diterakan ke dalam sanubari rakyat.
            Dalam meniti kehidupamn yang berteraskan  namaitu materialistic dan indualistik marcapada ini, muafakat dapat ditafsirkan sebagai inti perpaduan. Kita perlu menerima hakikat bahawa, milineum baru ini pasti sarat dengan muatan cabaran reformasi. Walakin begitu, rakyat Malaysia seharusnya menepis propaganda negatif ini dengan mengamalkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati, tawadhuk dalam setiap aktiviti yang dilakukan, berkesederhanaan dan kita perlu memperkasakan nilai budi bahasa dalam kehidupan. Tamsilnya, golongan muda-mudi perlu mnghormati adat resam serta budaya kaum lani. Selain itu, rasa hormat ini juga menuntut anak bangsa supaya tidak mempersoalkan isu sensiviti kaum-kaum yang terdapat di negara membangun ini. Budi Bahasa Budaya Kita. Lirik akhir lagu dendangan Dato` Siti Nurhaliza masih segarlagi di minda kebanyakkan individu menekankan nilai berbudi bahasa. Secara tuntas, tuturkata dan tingkah laku yang tertib serta berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.
            Media massa kini menjadi wadah terbaik menyalurkan pekbagai info kea rah melahirkan masyarakat yang cinta akan negara. Pendedahan oleh media massa turut menghangatkan lagi senario ini. Hal ini demikian, penerapan nilai-nilai aspirasi yang berlandaskan 1Malaysia harus diberi keutamaan terutamanya bagi golonagn generasi akan datang. Dalam konteks ini, rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudahmengaku kalah dalam mendepani reality baru dunia yang pantas berubah dan berkembang. Yang kita perlu pastikan ialah kesetiaan sepenuhnya kepada negara dan kesediaan berkorban demi negara tercinta. Sebagaimana yang kita maklum, masa depan mayapada menjanjikan cabaran di luar jangkaan. Oleh itu, remaja hari inilah yang memikul amanah untuk memartabatkan negara ke puncak jagat dengan inoasi-inovasi baru yng ideal.
Setelah meniliti sehingga ke akar umbi, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatic harus diperkasakan secara kolabrotif agar pembentukan negara bangsa-1Malaysia ini dapat mewujudkan generasi yang berketerampilan. Secara totalnya, dapatlah disimpulkan bahawa unsur-unsur nilai mahmudah yang diterapkan dalam gagasan  1Malaysia ini tidak lain tidak bukan untuk menjana transformasi kea rah sebuah negara yang membangun.



anda-anda boleh lahh ambil untuk digunakan dalam karangan. haha.
tapi minta lahh bantuan guru-guru BM anda. takut ada yang perlu diperbaik pulihhh

ditaip oleh cik siti nor fatia

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




 
Segala Yang Termaktub di Atas Adalah Hak Milik Nor Fathiah