with a golden appreciate , ‘ SELAMAT BERJAYA ‘ duhai form5 2011 ! including me too . itulah memandangkan pelajar-pelajar yang bakal mengambil sijil pelajaran Malaysia atau lebih spesifik lagi yang telah melihat dunia pada tahun 1994 akan menamatkan era persekolahan meraka tepat detik akhir tahun ini. Sementelahan itu , terdapat pelbagai adegan dan memorabilia kenangan mencuit jiwa raga.
*ada unsur-unsur tangkap leleh di sini >.<
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIH8YqONK4sJNabssN89tNirvMMTnGgVf7ktmx5tZjHq5YtGfsPzurP6wLsSk7-VluN6_2ya0jZfIqQMatnq5Jrvalx4S7sgBrNHFjXpO1Q3JDZZg4orOjOpOqr-TBheic68QIZ_MX5C3p/s400/pelajar-terbaik-spm-2010.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUFOMa5xLCHmgc2sxlpxwYqKR33YmBXpE3pluK-4YtBkR2kR431qwX6URyf-6mB5SsKmclM-rImMvJWHZDJWGGXX6THCXh9S3dLqWlMoGvW3yKkX2vCP0dkiHAP-j-z2OITUnbqpLGvIie/s400/spm-2010.jpg)
*gambate2 ho.ho
sebenarnya , niyy dalam mood keSEDIHan akibat tidak lama lagi akan pencen jadi pelajar sekolah 1 . dah tukar status dahh . uhuhuh . dan lagi mengamat memori sebab tidak dapat menghadirkan diri ke “sportDAY” sekolah , tiada lagi syoknya kan tahun depan . yelah dah tidak dapat melihat barisan pelajar-pelajar memakai pakaian lambing assabiah rumah sukan masing-masing . terutamanya sudah tidak dapat lagi nak terjerit terlolong dekat padang sekolah yang tersergam indah tu ! . tapi berkesempatan jua lah datang masa latihan sebelum sukan hari tu . adalah sempat jejakkan kaki kat padang .
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQJSIR0XrcVB-LU0xbkH4-u3DUviI87Yd08QWguDk1pK8tk_vNoSC7AMYlZD1bOvpWB2b8p5SjwiiHMDJ2vSOsO4fZMDX4uOJrIcLlN8yBkke2TtS-Mpob2k0VjvL-USK_fA58okrZstxf/s400/252274_157753520958950_100001729098960_358487_863020_n.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJbd7D3JqriZUI5nEYnehWpNYtuGc5eKAT4Cb9yeQ1yxMK9FiZQCrMcDAhgDSxqCI-3fd981BvPhi4L1wir4eq3xNPDsQCGL3c7HCrN29bSvYBrlsO71xqtWmCMyZlHyXxf83hyphenhyphenu2PPuVX/s400/263524_220063004699549_100000875541756_583408_5496817_n.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2rLf89KLDZgLR5l6IFQzKRti2BBUpgKdbUwLFZ_jFdciAeUke8fWbn1_ovzpyeBKBhJd41ow0p1GnTUHWx9hfdHXNC1tTPEEY01EqWcoBSlw2oZ0_wnTBTaISAJQBJgZrf18yctl5KwS_/s400/248170_157751984292437_100001729098960_358419_7857628_n.jpg)
malah , dengan berakhirnya tahun ini , bukan setakat Hari Sukan je terkubur , event-event buat dang kat sekolah pun turut menyusul wehh . akibatnya , dengan berbekalkan detik-detik yang tidak berapa banyak niyy , maka kenalahh manfaatkan dengan sebaik mungkin . itulah pejam celik sudah 11tahun wehh di alam persekolahan , terimbas masa comot-comot dulu ,
Darjah 2 ; dah mula nakal main kacau anak teruna orang . [:
even Darjah 5 ; still lagi compang camping
*matured lambat nihh
bila dengar bunyi locong menandakan waktu pulang , hah siap lahh wahai tangga , berpusu-pusu dah macam kambing masuk kandang , di tmbah pula dengan fragrance of smell yang pelbagai jenama . uhh di luar tafsiran~.
nanti bila pukul 1.30 dah nak berangkat ke sekolah agama, part masyuk kerana sekolah agama diibaratkan sebagai tempat bersuka ria bagi kanak-kanak bawah umur . sesuka hati diorang je nak datang ke tak , malah ada jua yang masa rehat dah cabut balik rumah , yela sekolah belakang rumah je kan ? . ape lagi memang berdesing teliga menadah bebelan ustazah memuntahkan hasrat terpendam , ahaha ,
untuk kali pertama menjejakkan kaki ke asrama seawall usi 13tahun, barulah kesedaran diri muncul . tapi itu belum kukuh , biasa baru pra-matang . haha , bila malam menampakkan diri , mata pun dahh pinar-pinar nak tidor , hah mesti tertngap punya bunyi suara orang sedang sedu-sedu menangis malah bukan 1 dua ekor tapi siap sambung menyambung lagi , mula-mula tu ingatkan bunyi dari planet mana la tadi , rupa-rupanya jiran sebelah katil je . sangat kelakar . hah bila menghubungi keluarga di rumah mula lah air mata yang suci niyy meleleh , symptom meleleh mintak tukar sekolah , hahah , walhal kalau pergi dewan makan bumbung rumah sudah terang lagi bersuluh memang jelas nampak , bukan jauh sangat pun, buleh dijangkakan kalau jalan kaki mengambil masa 20minit dan jika berkenderaan berkuasa tinggi hanya 5minit sahaja . itulah nama dia lumrah pelajar junior asrama . memang tak sah kalau balik cuti asrama mintak parents tukar sekolah , hah time tu memang banyak lah masalah , baju hilang lahh , kerja sekolah banyak lahh , cikgu tak masuk kelas lahh . banyak lahh . tapi tup tap tup tap . amekaww tidakku sangka sudah hamper 5tahun bermastautin di asrama persis rumah kedua niyy , pelbagai gelagat , kerenah , ragam manusia yang ada. Mesti sedihkan hen dak berpisah denagn asrama THE BOMBAS nihh .
*Iye ke ? macam vise versa je ?
apa-apa pun kehidupan mesti diteruskan .
SELAMAT BERJUANG wahai rakan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVszACT5PijK0DEBZjqwCH1KOghyJJMUMgscErZIac18uAm6_MHlDA6LWxkltpgvQHnLHyqru8vjSd3t16MAeo1ZOhMfld5A85FfcueYyYidwNa9ZeWvn5xJFeuw46edBwHBVhSSWTHzNe/s400/Image014.jpg)