Berdengkur ? ishh teruknya.
Hai hai kawan. Bonjour? Sihat hari ni. Haha memandangkan hari ni weekend. So, tia dah buat dah segala giveaway+contest yang telah di tag oleh anda2 sekalin. Sangat berterima kasih. Lain kali tag lagi . haha. Itupun kalau tia rajin nak buat entry. Haha
Okey. Ilmu hari ini adalah berkenaan BERDENGKUR! Biasa dengar orang berdengkur kan? Hehe
Semalam tia ade tanye honey bunny tia. Alololo.
Kekanda, adinda nak Tanya ni. Kekanda snoring dakk ? hehe
Takkesah lah kenapa. Tapi semua benda kat dunia ni ada penyelesaian nye kan .
KEKANDA! Sila tag line tauu !
1) Gunakan bantal yang lebih
Pastikan korang meletakkan kepala korang pada kedudukan yang lebih tinggi sedikit daripada badan ketika baring. Ini adalah untuk membuka saluran pernafasan korang dan mengelakkan saluran tekak daripada tersekat yang akan menyebabkan korang berdengkur.
2) Bahan pendingin
Sekiranya kesejukan atau kesesakan nafas yang menyebabkan korang berdengkur, korang boleh menggunakan bahan pendingin seperti (vicks) sebelum tidur. Ini adalah untuk mengeringkan rongga hidung dan meningkakan aliran udara pernafasan untuk mengurangkan berdengkur.
3) Nasal strips
Sekiranya masalah selesema atau batuk bukanlah menjadi masalah yang menyebabkan korang berdengkur, apa kata cuba menggunakan nasal strips. Ia berfungsi untuk membuka saluran hidung untuk menjadikannya kurang sempit dan ini dapat memberikan aliran udara yang lebih baik.
4) Tidur dalam keadaan mengereng
Posisi tidur dalam keadaan mengereng juga adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah berdengkur. Apitkan bantal pada bahagian belakang dan depan badan untuk membuatkan korang tidak berasa selesa tidur telentang atau menerap.
Sure korang tidur dalam keadaan mengereng sehingga keesokan paginya.
5) Buat senaman otot-otot kerongkong dan rahang
Pernafasan akan menjadi lebih mudah jika korang pastikan otot-otot leher, kerongkong dan rahang sentiasa dalam keadaan baik.
6) Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur
Alahan boleh mencetuskan dan menjadi penyebab kepada dengkuran dan menimbulkan kesukaran untuk bernafas. Pastikan cadar dan selimut mesti bersih daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.
7) Tidur menggunakan bantal peluk
Postur tidur yang selesa dan betul akan membuatkan tulang belakang berada pada kedudukan yang betul. Cara ini juga akan mengurangkan halangan pada saluran ke paru-paru dan nasal. Tidur
mengiring dengan meletakkan bantal peluk membantu mengekalkan posisi tidur yang sihat.
.
8) Buat pemeriksaan tonsil
Satu daripada masalah atau halangan kerongkong ialah tonsil yang terlalu besar. Jikamempunyai situasi dengkur yang teruk, jumpalah pakar dan buat pemeriksaan jika tonsil bengkak atau terlalu besar. Pembedahan boleh dilakukan bagi membuang tonsil tersebut agar tiada gangguan tidur lagi.
Bagi mereka yang gemuk, sebaiknya turunkan berat badan kerana lemak yang terkumpul di sekitar kerongkong dapat dihindari. Cara ini bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah dengkuran tetapi akan dapat tidur nyenyak serta personaliti korang akan turut nampak lebih menarik dan memikat.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*Kekanda please tag note nombor 9!! Haha
Okey bersama-samalah kita tidur secara sihat
1 comments:
assalam , haii..
hoho...guwa dah buat operation buang tonsil masa umur guwa darjah 4 ...sebab dari kecik berdengkur macam orang tua...
sejak dalam buaian lagi tidur mengalahkan si bapak ...mwahahaa
amacam ..dasat tak ? >_<
hehe..nasib sekarang ni kalau berdengkur pun...dengkur manja2 gitu ...wakakaka
nice entri...keep it up sis :)
Post a Comment