ads

berbekam : hisap darah ke ??







hayy guys. lame tak dengar cerita, sihat ? . 

semalam tia teman nenek tia pergi berbekam. aduuii tak sanggup nak tengok. 
tapi darah bekunya taklah banyak sangat. sebab orang tu kata kalau banyak tu 
selalunya orang yang pitam atau ada masalah kat part otak. 
contoh paling simple dimple magrain

so, berbekam ? 
berbekam ni sebenarnya mengeluarkan darah kotor daripada badan.tapi korang pernah terpikir tak kena keluar darah beku ea? kena[a tak darah yang merah melekat-lekat tu?
okey untuk jawapan yang mudah: sebenarnya berbekam ni dia sedut darah dari kulit bukan dari daging.
kenapa? dan macam mana boleh jadi macam tu?
waallahhualam. tu urusanNYA . tia pun baru je tahu semalam. hehe

ada banyak sebenarnya cara berbekam ni. kalau kita dok terjah cara tradisional mesti 
kebanyakannya guna tanduk *ei. ape tu? . tapi kena kampung yang cerukk nun . jauh masuk dalam
kalau bandar-bandar ni peralatannya lebih menjerumus kearah yang lebih canggih lah kan. 





lepas balik tu, aishhh biasa lah da cucu sulung. tinggal pulak dengan nenek 
mestilah pot pet pot pet. hehe
tia sempat tanya . 
" opah, opah, berbekam tu sakidd dak? atehh, tak ke ngeri  lihat nya dok kalong tengok 
dema siap toreh lagi kepala tu ? "

" ehhh, dok ehh, tapi masa pertama kali buat dulu tuh, ade lee rasa ngeri, tapi dah lama okey dahh. 
tapi kaklong tau dak kalau opah berbekam kepala dok rasa rengan ja
. kalau dak hayy angkat mata pun duk susah "

*ampun ada unsur-unsur utara sikit!

menurut nenek tia berbekam ni dapat hilangkan rsa sakit dekat bahu dan tengkuk, dan kepala.


okey mai kita sentuh bab hukum berbekam
ishh , mana boleh buat main hukum-hukum ni. tapi tia dah tanya pakcik tia. dia pun bukan 
calang-calang guru panitia syariah islamiah. bukan itu sahaja, banyak juga sumber-sumber intelek
 yang sempat tia godey-godey sebelum entry ni muncul

jadi. ape ye hukumnya?

kita disunatkan berubat dengan menggunakan kaedah berbekam 
bila keadaan penyakit yang mengharuskan kita berbuat demikian.

okey. in a simple way. RASULULLAH PUN BERBEKAM . ehh tapi tak lah sampai tahap wajib.

pahamkan?
hah. tia. aduiitaktau lah sebab tia takut sangat dengan darah masa tengok opah pun lutut-lutut
dah rasa nak jatuh menyembah bumi dahh. hehe





ditaip oleh cik siti nor fatia

kuku dan anda




hai  darling darling. how are you today? sihat? big claps for you

and now, can you spend your beautifull eye for readings my tips


okey. selamat hari hari. dah lame tak bagi tip. bhahahaha. poyo! . 
so hari ni tia bermurah hati nak kongsi tentang kuku. hah , tengok kuku sekarang.
i see.. panjang yee. awat tak potong. ishhh . `sattt. lantak hampa lah. 
tu kuku gelas ke kuku cawan?


apa paa pun jenis kuku. tapi kita mesti nak kuku kita cantik bekilau-kilau kan ?
nak tau bagaimana. 

hah . jom lakukan ini 




amalkan penjagaan kuku yang rapi
..ni macam biasa la kan.. kene la kerap basuh kuku tu..da basuh tu kena lap dan keringkan..ingat, walaupun kuku ni part yang kecil je kat badan , tapi part yang paling penting tau..ye la, kita ni kan orang melayu.tak lari makan pakai tangan..nak-nak yang kelantanese tu..kadang-kadang tu makan mee pun pakai tangan.tol tak readers yang kelantanese tuh??hihi..so, kene la jaga kuku  supaya tak masuk kuman-kuman tuh kat dalam mulut terus ke perut n usus-usus  kan..hihi..lepas da basuh, lap n keringkan tu, rajin-rajinkan la lembapkan kuku tangan serta kaki dengan krim rawatan serta losyen ye...

kerap mengurut bahagian kutikel..
tujuan  urutkan bahagian kutikel ni senanye supaya kuku tu tumbuh dengan baik sebaik baiknye..lagipun,kalau selalu urut, kuku tu tak mudah rapuh dan patah tau..ape ingat tulang je perlu kuat,,kuku pun perlu tau..bayangkan kalau  tak dak kuku...mesti tak leh wat kerja kan..sakit wooo..
sentuh dengan jari pun sakit lagikan kene bende-bende keras dan tajam....

jangan memotong kuku terlalu pendek.
.haaa..yang ni yang paling tia tak suke..lau tengok kuku orang yang pendek sangat..sebab tia tengok pun rase sakit..macam mane la diorang yang jenis suke potong kuku sampai rapat-rapat ngan isi ni ea...
jangan amalkan tau..bahaya..nanti terpotong isi seklai kang..bahaya...

elakkan tabiat menggigit kuku...
ni satu lagi..bukan budak je yang suke gigit kuku ni..ade yang tua pon suke gigit kuku jari ni...nasib baik diuorang tak gigit kuku jari kaki kan..huhu....pade yang suke gigit kuku tu, ingat, bahaye tau ...kat celah-celah kuku tu macam-macam yang lekat mase pegang barang.tnormal.nama pun kuman , tiada kesan pun ditinggalkan olehnya tak nampak..bile letak jari kuku kat bibir mulut nanti kumanmasuk dalam mulut.terukkkk. hehe. habislah. .lagipun, macam mana kalau kuku yang digigit tu tertelan?
kan da satu masalah plak...kuku pon akan jadi tak cantik...betul tak??


sekarang masa yang ditunggu -tunggu
cara potong kuku mengikut sunah RASULLULAH.wokkk! dapat pahala.
tak nak ke?



Berikutnya ialah tentang petua dan panduan memotong kuku menurut kaedah Islam sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi SAW suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan”.

ditaip oleh cik siti nor fatia

tafsir mimpi : perlu ke percaya ?




haii guys, huh berdebar rasanyo lagi berapa hari nak ambil result. wahhhhhhhh
takotnye. sampai terbawa-bawa dalam mimpi yuuu ~

huh dah ni masuk 3kali mimpi dapat result ALHAMDULLILAH baik,
yang pertama tu dapat 11A. aminn. *takde yang mustahil bagiNYA
 tadi tia baru mimpi result ADDMATH. hammekaw. tapi alhamdullilah jugak. good result

YA ALLAH, KALAU BENAR ITU KEPUTUSAN YANG BAKAL HAMBAMU INI PEROLEH. AKU BERSYUKUR KE HADRAT MU YA RABB . HAMBA LEMAH YA ALLAH. SEMOGA SEGALA MIMPI-MIMPIKU ITU BENAR. AMINN

TAKODDDDDDDDDD


 yelah SPM tu. bukan periksa ABC ! huhu . apelahh agaknya result tu kan


makkkkk kak. long takut. 
serius siapa yang tak takut tu adenn taktau nak cakap bagaimana dan macammana
haha. dah dah NOR FATHIAH  anda boleh.
insyaALLAH , kalau berusaha akan berjaya. tawakal!!!


sebelum mengundurkan diri jom kita amalkan doa ni sebelum tidur





doakan tia dapat result baik ea. aminnnn



ditaip oleh cik siti nor fatia

Mala Nasohah 1st Giveaway Contest 2012 FEB29, 2012




wahh kena tagg ! hamekkaw



haiiii cik MALA NASOHAH, 
sedap nama , hehe , first time sebenarnya tia jenguk blog cikMALA, 
dan terima kasih tau sebab sudi tagg


hah berkenaan dengan positif spirit ?
hehe.
CHAIYOK CIK PUAN MALA.
semoga kehidupan cikMALA bersama keluarga aman dan damai. *dah macam orang tua punya bahasa dahh. HAHA
dan tia doakan perniagaan cikMALA meletop-letop income nya nanti *bagi tia sikit tauu.HEHE
last but not least, tia teringin nak cium pipi anak cikMALA . kiut!!





ditaip oleh cik siti nor fatia

Game: The 50 truths. edisi tagg.









wah wahh. memey baguih. baru satt tadi tia check cbox, terperasan ada tagg.
kesian cik AIN  dah lame dia tagg tia tapi baru niyy terbuat entry ni. hehe.
ampun ampun. hehe
so dengan rasa berbesaw hati 
tia start gila-gilauw sekarang







1. Real name: nor fathiah binti fairul anuar
2. Nickname(s): tia / kaklong / beby / LAUREN 
3. Zodiac sign: libra
4. Male or Female: Female 
5: Elementary school: SK seri kinta (2001) and SK taman desa jaya (2002-2006)
6. High school: SMK AGAMA 
7. College: maktab maybe
8. Hair colour: 100 black.
9. Tall or short:  middle.
10. Relationship status: Single

11. Sweats or jeans: Both
12. Phone or camera: Both
13. Health freak: gastrict
14. Orange or apple: orange. like sour!
15: Do you have a crush on someone: yeahh!.
16. Eat or drink: drink
17. Silent or noisy: silly lilly
18. Pepsi or coke: so farr mineral maybe?

HAVE YOU EVER
19. Been in airplane: Yes
20. Been in relationship: yupp.
21. Been in a car accident: agaklahh
22. Been in a prison: makkk ! bakal suami ku polis. naya kalau masuk di sana bha
Firts?
23. First piercing: No
24. First best friend: huh. starving. no? haha
25. First award: lost mind~
26. First crush: ? ishh lupa lahh. haha
27. First word: uweeeek uwekkkk

Last?
28. Last beverage: hah? malas nak bukak kamus. haha
29. Last person you talked to in person: anda mungkin
30. Last person you texted: alif qusyairi
31. Last person you watched a movie with: friends.
32. Last food you ate: nasi dan tomyam ? nakk
33. Last movie you watched: spange bob.
34. Last song you listened: lady antebellum
35. Last thing you bought: coolblognakk?.
36. Last person you hugged:  adik kuu!.

Favourites
37. Food: manok ! sumue sekali.
38. Drink: mineral water.
39. Cartoon: dont know? .
40. Flower: bunga rose
41. Animal:manok dan ular! haha
42. Movie: Comedy movie that makes me laugh so loudly.
43. Colours:red
44. Subjects: perakaunan + bi

HAVE YOU EVER (put an X in the brackets if yes)
45. [X] Fell in love with someone.
46. [X] Celebrated birthday party.
47. [X] Had your heart broken.
48. [X] Went over the minutes/texts on your cell phone.
49. [X] Turned someone down.



done! 
akernya. huh. siapppp!
hamekkkaw. kena tagg 20 !!!


tagg

http://ladolcemiea.blogspot.com/
http://www.akugadiszsingle.blogspot.com/
http://roszisdaughter.blogspot.com/
http://mudaxngexx.blogspot.com/
http://eyyrottenapple.blogspot.com/
http://mrsstawberry.blogspot.com/
http://ceritasukasukiamira.blogspot.com/
http://www.kakionlineblogger.blogspot.com/
http://ekinsukabebel.blogspot.com/
http://ainzazakaria.blogspot.com/
http://www.milkadedt.blogspot.com/
http://lolyphotogrape-blackqueen.blogspot.com/
http://freesiagorse.blogspot.com/
http://sunnyxandra.blogspot.com/
http://lleeya.blogspot.com/
http://dayzstory.blogspot.com/



cukup lahh tu. penat dahh tagg. random ni . haha
perhatiah pula kepada yang di tagg. : padan muke. hah jawab2.
 then bagi link kat comment

ditaip oleh cik siti nor fatia

"THE AWESOME GA BY SWEETYBEAUTY SHOPPE"





syarat2 penyertaan:

1) FOLLOW BLOG INI (http://diagonallife.blogspot.com) *wajib*

2) LIKE KEDAI COMEL INI SWEETYBEAUTY SHOPPE *wajib*

3) BUAT ENTRY RINGKAS DENGAN TAJUK
"THE AWESOME GA BY SWEETYBEAUTY SHOPPE"

4) COPY GAMBAR DI ATAS DAN LINK-KAN PADA ENTRY INI

5) TAG DUA ORANG ATAU LEBIH RAKAN ANDA

6) HANTAR ENTRY ANDA DI RUANGAN COMMENT PADA ENTRY INI YE

7) GA AKAN TAMAT PADA 19/3/2012

8) PARA PEMENANG AKAN DIPILIH MELALUI UNDI MANUAL

















tagg





ditaip oleh cik siti nor fatia

membina negara bangsa - 1Malaysia



hayyy guys, hehe , update di malam hari nihh.. hehe. 
mati akal you nak update ape . haha , sekali terpandang dekat pendrive ada karangan youu
haha, karangan pertandingan masa form5. terpilih? entahh lah. cikgu yang nak hantar,

cube korang bace. good dak?


Saban hari kita dihidangkan dengan berita tentang tindakan sadis golongan remaja  metropolitan. Fenomena yang menjadi lumrah ini semakin kronik akibat landaan gelombang globalisasi.  Sejajar dengan itu, pihak kerajaan telah memanifestasikan satu transformasi kea rah pembentukan negara bangsa.  Sebenarnya, pembinaan negara bangsa  Malaysia telah diperkenalkan sejak tahun 1957 lagi dan terus berkekalan sehingga ke hari ini. Namun, usaha murni ini memerlukan perkongsian bijak antara kaum dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan social. Oleh itu, semua pihak sama ada tua mahpun muda disarankan agar mengembleng tenaga bagi merelisasikan negara dan bangsa Malaysia yang bersatu padu persis peribahasa berat sama dipiku, ringan sama dijinjing. Mantan Perdana Menteri ke-4, Tan Sri Dr. Mahathir Mohamad menyeru agar anak bangsa mengamalkan dasar pandang ke timur, kita dapat menyaksikan bahawa negara-negara pesat seperti Jepun dan Korea sudh lama merangkak mendepani era modenasi dan cabaan abad ke-21.
            Selaras dengan era teknologi maklumat dan komunikasi, ledakan informasi yang syumul dan radikal sering menghambat seantero pelosok negara sekaligus menyebabkan hubungan antara variasi kaum perlu disemarakkan. Amalan kemasyarakatan seperti saling bertegur sapa dan saling mengunjungi dapat membantu mengeratkan silaturahim antaraa kaum. Transformasi   1Malaysia mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu dalam kalnagan masyarakat hari ini. Mengimbau tanggal  31 Ogs 1970, Rukun Negara telah diisytiharkan sebagai ideologo kebangsaan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-4. Jika ditelusuri, defnisi rukun negara adalah satu ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa  Malaysia. Pelaksanaan gagasan 1Malaysia dpatmemupuk perpaduan di kalangan rakyat  Malaysia pelbagai kaum yang turut bertujangkan beberapa nilai penting yang sewajarnya menjadi amalan setiap anak watan. Perubahan budaya  yang berlaku di negara ini, sejak azali lagi menunjukkan bahawa penerapan nilai-nilai murnidalam diri individu dilakukan tanpa paksaan. Bukan itu sahaj, penerapannila-nilai holistik ini bakal meledakkan perpaduan kaum yang utuh dan kukuh.
            Laungan merdeka 54 tahun yang lalu adalah hasil permuafakatan antara kaum di Tanah Melayu. Rentetan senario itu, permuafakatan sememangnya telah membentuk satu teras utama dalam hala tuju negara menuju kegemilangan bermula sejak kemerdekaan dicapai.  Dari perspektif lain, rakyat Malaysia perlu dimajukan terlebih dahulu dan ini memberikan impakyang luar jangkaan menghirup udara hasil perpaduan yang sotisfikated. Realitinya, penerusan agenda membina negara bangsa kini menjadi asas kepada kemakmuran negara yang dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Dalam erti kata lain, dasar reformasi ini pasti dapat mmbina sebuah masyarakat progresif menjelang tahun 2020. Umum mengetahuibhawa, kita sering mengimbas kenangan lalu tetapi jarang sekaliberusaha mengejar impian hari esok. Ironinya, semangat perpaduan perlu disemai sejak di bangku sekolah. Hal ini bertepatan dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Ketegaran perpaduan masyarakat negara ini bukan sahaja menjadi cerucuk uatama mencorakkan negar berdaulat namun turut menjadikan negara ini berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara mahsyur di dunia ini. Gagasan ‘ pemuda harapan bangsa, pemudi tiang bangsa ‘ akan dapat direalisasikan sekiranya usaha –usaha murni ini diterapkan dalam kehidupan seharian. Seperti yang kita sedia maklumi, prinsip-prinsip perlembagaan persekutauan memaparkan identiti-identiti  etnik setiap kaum di Malaysia yang patut dibanggakan. Dengan adanya gagasan ini maka terbentuklah satu formula baru yang membantu memastikan aspirasi negara tercapai sekaligus amalan ini dapat diterakan ke dalam sanubari rakyat.
            Dalam meniti kehidupamn yang berteraskan  namaitu materialistic dan indualistik marcapada ini, muafakat dapat ditafsirkan sebagai inti perpaduan. Kita perlu menerima hakikat bahawa, milineum baru ini pasti sarat dengan muatan cabaran reformasi. Walakin begitu, rakyat Malaysia seharusnya menepis propaganda negatif ini dengan mengamalkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati, tawadhuk dalam setiap aktiviti yang dilakukan, berkesederhanaan dan kita perlu memperkasakan nilai budi bahasa dalam kehidupan. Tamsilnya, golongan muda-mudi perlu mnghormati adat resam serta budaya kaum lani. Selain itu, rasa hormat ini juga menuntut anak bangsa supaya tidak mempersoalkan isu sensiviti kaum-kaum yang terdapat di negara membangun ini. Budi Bahasa Budaya Kita. Lirik akhir lagu dendangan Dato` Siti Nurhaliza masih segarlagi di minda kebanyakkan individu menekankan nilai berbudi bahasa. Secara tuntas, tuturkata dan tingkah laku yang tertib serta berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.
            Media massa kini menjadi wadah terbaik menyalurkan pekbagai info kea rah melahirkan masyarakat yang cinta akan negara. Pendedahan oleh media massa turut menghangatkan lagi senario ini. Hal ini demikian, penerapan nilai-nilai aspirasi yang berlandaskan 1Malaysia harus diberi keutamaan terutamanya bagi golonagn generasi akan datang. Dalam konteks ini, rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudahmengaku kalah dalam mendepani reality baru dunia yang pantas berubah dan berkembang. Yang kita perlu pastikan ialah kesetiaan sepenuhnya kepada negara dan kesediaan berkorban demi negara tercinta. Sebagaimana yang kita maklum, masa depan mayapada menjanjikan cabaran di luar jangkaan. Oleh itu, remaja hari inilah yang memikul amanah untuk memartabatkan negara ke puncak jagat dengan inoasi-inovasi baru yng ideal.
Setelah meniliti sehingga ke akar umbi, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatic harus diperkasakan secara kolabrotif agar pembentukan negara bangsa-1Malaysia ini dapat mewujudkan generasi yang berketerampilan. Secara totalnya, dapatlah disimpulkan bahawa unsur-unsur nilai mahmudah yang diterapkan dalam gagasan  1Malaysia ini tidak lain tidak bukan untuk menjana transformasi kea rah sebuah negara yang membangun.



anda-anda boleh lahh ambil untuk digunakan dalam karangan. haha.
tapi minta lahh bantuan guru-guru BM anda. takut ada yang perlu diperbaik pulihhh

ditaip oleh cik siti nor fatia

jom mengamalkan tidur yang sihat!







Berdengkur ? ishh teruknya.
Hai hai kawan. Bonjour? Sihat hari ni. Haha memandangkan hari ni weekend. So, tia dah buat dah segala giveaway+contest yang telah di tag oleh anda2 sekalin. Sangat berterima kasih. Lain kali tag lagi . haha. Itupun kalau tia rajin nak buat entry. Haha



Okey. Ilmu hari ini adalah berkenaan BERDENGKUR!  Biasa dengar orang berdengkur kan? Hehe
Semalam tia ade tanye honey bunny tia. Alololo.

Kekanda, adinda nak Tanya ni. Kekanda snoring dakk ? hehe

Takkesah lah kenapa. Tapi semua benda kat dunia ni ada penyelesaian nye kan .

KEKANDA! Sila tag line tauu !


1) Gunakan bantal yang lebih 
Pastikan korang meletakkan kepala korang pada kedudukan yang lebih tinggi sedikit daripada badan ketika baring. Ini adalah untuk membuka saluran pernafasan korang dan mengelakkan saluran tekak daripada tersekat yang akan menyebabkan korang berdengkur.

2) Bahan pendingin 
Sekiranya kesejukan atau kesesakan nafas yang menyebabkan korang berdengkur, korang boleh menggunakan bahan pendingin seperti (vicks) sebelum tidur. Ini adalah untuk mengeringkan rongga hidung dan meningkakan aliran udara pernafasan untuk mengurangkan berdengkur.




3) Nasal strips 
Sekiranya masalah selesema atau batuk bukanlah menjadi masalah yang menyebabkan korang berdengkur, apa kata cuba menggunakan nasal strips. Ia berfungsi untuk membuka saluran hidung untuk menjadikannya kurang sempit dan ini dapat memberikan aliran udara yang lebih baik.




4) Tidur dalam keadaan mengereng 
Posisi tidur dalam keadaan mengereng juga adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah berdengkur. Apitkan bantal pada bahagian belakang dan depan badan untuk membuatkan korang tidak berasa selesa tidur telentang atau menerap.
Sure korang tidur dalam keadaan mengereng sehingga keesokan paginya.


5) Buat senaman otot-otot kerongkong dan rahang
Pernafasan akan menjadi lebih mudah jika korang pastikan otot-otot leher, kerongkong dan rahang sentiasa dalam keadaan baik.


6) Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur
Alahan boleh mencetuskan dan menjadi penyebab kepada dengkuran dan menimbulkan kesukaran untuk bernafas. Pastikan cadar dan selimut mesti bersih daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.

7) Tidur menggunakan bantal peluk
Postur tidur yang selesa dan betul akan membuatkan tulang belakang berada pada kedudukan yang betul. Cara ini juga akan mengurangkan halangan pada saluran ke paru-paru dan nasal. Tidur
mengiring dengan meletakkan bantal peluk membantu mengekalkan posisi tidur yang sihat.
.
8) Buat pemeriksaan tonsil
Satu daripada masalah atau halangan kerongkong ialah tonsil yang terlalu besar. Jikamempunyai situasi dengkur yang teruk, jumpalah pakar dan buat pemeriksaan jika tonsil bengkak atau terlalu besar. Pembedahan boleh dilakukan bagi membuang tonsil tersebut agar tiada gangguan tidur lagi.



 9) Kurangkan berat badan
Bagi mereka yang gemuk, sebaiknya turunkan berat badan kerana lemak yang terkumpul di sekitar kerongkong dapat dihindari. Cara ini bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah dengkuran tetapi akan dapat tidur nyenyak serta personaliti korang akan turut nampak lebih menarik dan memikat.



..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


*Kekanda please tag note nombor 9!! Haha









Okey bersama-samalah kita tidur secara sihat




ditaip oleh cik siti nor fatia

Contest: Iam Malaysian Cool Blogger By Khairina Hairuddin


ditaip oleh cik siti nor fatia

.. CONTEST BLOG PALING CANTIK ! ..




opsssssssssssss harap maap tiada banner melekat. haha.
nak join jugak?
*ishh sebuk je, haha

nak tekan ni CONTEST BLOG CANTIK


DONE

ditaip oleh cik siti nor fatia

Pupel Liyana Mega Giveaway.





jum ketahui syarat2nya

Syarat-Syarat Menyertai Pupel Liyana Mega Giveaway ialah:

1. Buat satu entri di blog anda mengenai Mega Giveaway ini dengan tajuk "Pupel Liyana Mega Giveaway",pastikan ada banner "Pupel Liyana Mega Giveaway " didalam entri tersebut dan dilinkkan ke entri ini.
2. Pastikan anda merupakan follower Pupel Liyana Official Blog & Like Pupel Liyana Blogspot Page.
3. Wajib Like, Follow dan letakkan senarai penaja berikut di dalam entri GA anda: (Jujur tau, pupel boleh tau awak klik tak kat pautan yang pupel bagi tu:))
4.  Tag kawan-kawan ramai-ramai dan ajak mereka join sekali. :)
5. Letakkan url entri anda di ruangan komen entri Pupel Liyana Mega Giveaway sahaja!! 
6. Kalau rajin, letak banner GA ini disidebar blog anda dan linkkan ke entri ini.(Tiada paksaan)


taggg
















ditaip oleh cik siti nor fatia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




 
Segala Yang Termaktub di Atas Adalah Hak Milik Nor Fathiah