ads

mulut berbau . eiiiyuuu~







Ha... Kat sini tia ada beberapa petua yang aku amalkan untuk elakkan mulut berbau . Petua2 ini diperolehi daripada hasil2 bacaan dan juga seorang ustaz di sekolah dulu.  dah lama nak menulis tentang ini sebenarnya tapi malas.haha. So, disebabkan nerve rajin melampau. tarik nafas anda dan mulai membaca!


alhamdullilah tia tak mengalami masalah mulut berbau cuma bila bangun tido je la bau busuk yang amat sangat. Kadang2  terfikir jugak, mulut tia sorang je ke yang berbau macam ni bila bangun tido atau semua orang pun mulut dia bau macam tahi bila bangun tido. Yang  pelik, bila tengok citer2 Inggeris selamba badak je pasangan di dalam citer tersebut bercium bila bangun dari tidur. Tak busuk ke mulut mereka? my simple judge... Huhu...

perhatian!!!!!
entry ini agak panjang . hope anda sudi membacanya

Mulut berbau lepas bangun tido sebab setahu aku gas ape entah "gas ammonia" kot ah sesuka hati je an, tapi gas tu telah menyebabkan mulut anda berbau. Gas ni terserap oleh air liur dan menyebabkan mulut menjadi busuk dan air liur itu boleh dikategorikan sebagai najis muawassitah. Ya... Dari situlah kewujudan air liur basi.  sebab tu ye tak boleh tidor dalam masjid, sebab air liur basi tu NAJIS!!. Ia menjadi najis sebab gas itu datang dari perut yang mana turut dikeluarkan sewaktu anda membuang air besar dan kentut. Ha... Gas tu punya kerja la yang menyebabkan segala2nya berbau busuk. Marah la gas ni kalau ade sesiapa yang tak puas hati dan terfikir kenapa kentut perlu mengeluarkan bau? Wehee... So, kalau anda "ngences" (bahasa jawa bagi meleleh air liur) dan terkena baju, baik ditukar baju itu sebelum anda menunaikan sebarang ibadah. Ala... Tak pe la. Najis mutawassitah je. Senang je kan nak bersihkannya. Taklah sampai kena sertu. Eh, terpanjang pulak intro ini. Ok la. Tulis panjang2 pun tak guna. Straight to the point je la...



Petua2 menghilangkan bau mulut yang aku amalkan:

1. Gosok gigi minimum 2 kali sehari iaitu selepas dan sebelum tidur. Ni pun semua orang buatkan. Gosok gigi selepas bangun tidur sebab nak hapuskan kebanyakan bakteria2 yang bermaharajalela waktu anda tidur. Ye... Tau anda dah gosok gigi sebelum tidur, tapi mana ade bakteria yang 100% boleh terus lenyap camtu je kan. Sedangkan iklan colgate pun cakap cuma boleh menghapuskan 99.9% bakteria je. Maksudnya masih ade lagi la bakteria yang tinggalkan. Tapi, sikitlah sebab ambik masa juga bakteria2 tu nak membiak untuk membusukkan mulut kita semula.

2. Berus lidah juga bila memberus gigi. Sebab kebanyakan bakteria berada di lidah bukannya gigi (eh, cam iklan berus gigi-ape-entah-yang-ada-pemberus-lidah pulak). Ape? Takut termuntah. Haha...tia pun masa mula2 cuba berus lidah ni, rasa cam nak give up je. Memang rasa nak muntah, tapi cube control la. Lama2 ok la sebab hasilnya memang memuaskan. Jangan la berus sampai cecah anak tekak. Itu memang ngokngek namanya. Dan janganlah memberus lidah selaju anda memberus gigi. Itu pun kira ngokngek gak namanya. Gosok perlahan2 je lidah tu. Dengan penuh keayuan gitu. Sekarang kan dah banyak berus gigi yang disertakan dengan pemberus lidah sekali. Ha... Lagi senang. Kalau tak mampu lagi nak beli, boleh guna berus gigi je tak pun belakang sudu plastik. Yang belakang sudu plastik ni tia  tak pernah cuba tapi tia ade baca dari sebuah majalah. Lidah yang dah diberus akan berwarna merah jambu ala2 dafi yang jambu berbanding lidah yang belum diberus iaitu berwarna putih. So, kalau lidah tu putih lagi lepas diberus, maksudnya tak bersih lagi la lidah tu. Ha... Pe lagi tercongok depan cermin tu? Pi la berus balik!

3. Buang balgham. Petua ni diperolehi daripada ustaz di sekolah dulu. Balgham ni sejenis mukus/bendalir yang terdapat di saluran antara hidung dan mulut nih. Sori la. tia tak pernah belajar bio jadi tia tak tau la apakah nama saluran tersebut. Jadi tia menulis berdasarkan ape yang tia alami je. Balgham ni anda boleh rasa kedatangannya selepas bangun tidur. Rasa macam ada bendalir tersekat2 kat hidung kan. Ha... Tu la balgham. Ia boleh menyebabkan bau mulut tau. Cara2 nak buang balgham ni senang je, tapi seksa sikit la kalau salah buat. Huhu... Caranya adalah dengan memasukkan air ke dalam hidung. Sikit je. Jangan la secawan. Secukup rasa je la. Cukup untuk membuat air itu mengalir di dalam saluran tadi. Ok. Ni petua tia. Anda basahkan tapak tangan sikit. Pastikan ada sedikit air yang tinggal. Sedut air itu menggunakan sebelah hidung dengan hidung yang sebelah lagi ditutup lubangnya. Lepas tu dongakkan kepala. Biarkan air tu mengalir di saluran tersebut hingga ke mulut. Masa ni kita akan dapat rasa balgham tu akan ditolak oleh air tersebut ke mulut. Pastu, tunduk dan keluarkan la air dan balgham tu macam keluarkan kahak. Buatlah macam tu juga untuk hidung yang sebelah lagi. Tapi, balgham ni tak keluar semua terus kalau dengan sekali buang. Jangan risau. Tak perlu masukkan air ke dalam hidung lagi. Anda cuma perlu menghembus keluar balgham tu dari hidung atau batuk sedikit untuk keluarkan dari mulut. Memang agak bising juge la situasi di dalam bilik air nanti. Huhu...


Sabda Rasulullah s.a.w: Ertinya ‘Ayat Al-Kursi adalah penghulu bagi ayat-ayat Al-Quran.’ Barangsiapa mengamalkan Ayat Kursi sebanyak 170 kali setiap kali selepas solat fardhu atau pada waktu tengah malam, InsyaAllah akan dikurniakan pangkat, keluasan rezeki, dilepaskan segala hutang piutang, dilapangkan dada, terpelihara  daripada musuh, ditunaikan hajat dan dilindungi dari segala gangguan syaitan dan sihir. Amalan ini hendaklah dilakukan dalam keadaan berwudhu’ dan menghadap ke arah kiblat. Dibaca sebanyak 11 kali dan ditiup-tiupkan pada kepala orang yang gila/ayan. Lakukan sentiasa InsyaAllah, sembuh. Dibaca sebelum bermusafir sewaktu melangkah kaki keluar dari pintu rumah. InsyaAllah terpelihara dari segala gangguan dan terlepas dari sebarang kesulitan. Untuk menghilangkan balgham / [ ... ]

Kebaikkan membuang balgham ni selain dari elakkan bau mulut, ia juga elok untuk mengelakkan mengantuk, mengelakkan resdung, menguatkan ingatan dan mencerdaskan minda. Itu je yang  tia tau. Mungkin ada lagi. Sesiapa nak berkongsi info, dipersilakan. Terima kasih. Anti-oksida juga dapat mengelakkan kedutan di wajah ye. Tak yah la susah2 pakai botox. Eh, patut la tia awet muda. Eeh... Ter-riak pulak. Astaghfirullahala'zim (menepuk dahi sambil menggeleng2kan kepala)...

Ha... Itulah sedikit-sebanyak petua2 yang tia boleh kongsi bagi mereka yang ada masalah bau mulut. Lepas ni boleh la mencuba ye. Ceria2kan hidup anda dan selamat beramal (sambil melambai tangan dan memberikan flying kiss)...



ditaip oleh cik siti nor fatia

6 comments:

Anonymous said...

nice blog :DD
awesome ;)
congrate for the contest !

CikTeddyCorner said...

oh baru ku tahu..huhu
cik stiap kali mkn or nk solat msti berus gigi..dh jadik tbiat =)

Liyana Anuar said...

sebelum tido gosoklah gigi..dapat kurangkan bau tu~ hehe :)

lady L said...

@Original CikTeddygood . patut diteruskan. amalan yang baik . c:

lady L said...

@Yana Librahehe . yup badu badu. betui2

✿ SISFEL ✿ said...

hype2.. singgah. sini.. follow awak.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




 
Segala Yang Termaktub di Atas Adalah Hak Milik Nor Fathiah