ads

ATTENTION!!!! [ temuduga untuk semua ]






hah. nak kerja? please spent time to read this!! meh sini isi borang dulu. lumayan gajinya. 
sure berbaloi-baloi. tapi pekerjaan ni hanya untuk penganut agama Islam. tidak kira tu muda, perempuan mahupun lelaki.

antara jawatan yang masih memerlukan khidmat anda:
  • ahli syurga dari awal
  • ahli neraka dari awal
  • ahli neraka sementara kemudian akan dilantik menjadi ahli syurga
Empat ganjaran lumayan*wink wink BONUS [ untuk jawatan A sahaja ]
  • nikmat kubur
  • perlindungan di padang mahsyar
  • keselamatan meniti titian sirat
  • syurga yang kekal abadi
tarikh temuduga:
bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini

lokasi temuduga:
di dalam kubur [ alam barzakh ]

kelayakan:
  • anda tidak perlu bawa sijil-sijil
  • anda tidak perlu bawa pinggat
  • anda tidak pelu bawa wang atau harta
  • anda tidak perlu berparas rupa cantik, hensem, atau berbadan tegap atau seksi.
SILA BAWA DOKUMEN ASAL IMAN DAN AMAL

panel / hakim:
mungkar dan nangkir*menyoal dalam kubur

enam soalan bocor:
  1. siapa tuhan anda?
  2. apa agama anda?
  3. siapa nabi anda?
  4. apa kitab anda?
  5. dimana kiblat anda?
  6. siapa saudara anda?
cara memohon:

anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja [ kemungkinan sebentar sahaja lagi*warning! ]. Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis dengan orang-orang tertentu. MALAIKAT IZRAIL*mencabut nyawa
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
hadis HASAN yang meriwayatkan oleh AHMAD HANBAL, yang bermaksud:
sabda Rasullulah s.a.w : " Sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah orang-oarang yang menhantarnya kekubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu muslim, maka solat yang dilakukan beliau ketika masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya, dan amalan kebaikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebaikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya. "

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: 

  • dari arasku tidak ada jalan masuk, kemudian malaikat ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : 
  • dari arasku tidak ada jalan masuk. kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat pula berkata kepadanya:
  • dari arasku tidak ada jalan masuk. kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya, maka berkatalah amal kebajikan:
  • di bahagianku tidak ada jalan masuk. maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu.   kepadanya [ mayat ] memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki [ MUHAMMAD ] yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya ; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya ?

maka berkata mayat itu :
tinggalkanlah aku sebentar, aku hendak sembahyang.

maka berkata malaikat:
sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat [ boleh saja solat ] tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini : apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki [ MUHAMMAD ] yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya ; dan bagaimana pemyaksian kamu kepadanya ?

maka berkata mayat itu :
laki-laki itu ialah MUHAMMAD s.a.w dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu ialah persuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Taala

maka malaikat berkata kepada mayat itu :
demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan demikian 
juga kamu dibangkitkan  semula di akhirat. INSYAALLAH 
kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata kepadanya itulah tempat kamu dan
 itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. maka bertambahlah gembira mayat itu
kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70HASTA dan di sinari cahaya baginya"

siapa taknak mati dalam keadaan beriman?

nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras [ kepala kanan, kiri, dan hujung kaki ]. !
SILA WAR-WARKAN JAWATAN KOSONG INI KEPADA SEMUA SAHABAT. wallaha-alam. semoga berjaya dalam temuduga ini. AMIN.......

nota kaki : normal lah kan sebagai manusia biasa kita selalu lupa. tau ORANG YANG MENGINGATI MATI ADALAH ORANG YANG CEMERLANG.
-sebelum terlupa.-


Mati merupakan perkara yang paling ditakuti oleh setiap makhluk yang terdapat di muka bumi ini......
*sape tak takut mati wehh. 
tapi mati bukanlah sesuatu yang teruk kalau ketika hidup dia banyak melakukan ibadat maka matinya merupakan tidur yang panjang. 


Orang yang paling cemerlang di dunia ini bukanlah orang yang mempunyai ilmu yang banyak tetapi orang yang sentiasa mengingati mati.


Ada seorang sahabat ketika beliau bersolat beliau akan merasakan Allah sedang melihat dia bersolat dan malaikat maut berada di belakangnya menunggu untuk mencabut nyawanya maka kerana inilah solatnya menjadi khusyuk. . 


lets think, orang yang pergi melawat orang mati, ketika ini dia pasti akan berasa insaf dan tak akan melakukan dosa lagi tetapi itulah kita hanya insaf sekejap tetapi kemudian hari kita melakukan dosa seperti biasa.

ditaip oleh cik siti nor fatia

2 comments:

NorFarahin@aien said...

sementara masih hidup,,
ingatlah mati ..
nice sharing yaa :D

Madiey Fazudin said...

itu la banyak2 la breamal=beribadah
semoga syurga tempat kita amin..

#dh follow u..hope sudi bca entry saya x seberapa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




 
Segala Yang Termaktub di Atas Adalah Hak Milik Nor Fathiah