ads

pada suatu hari !




happy !!!!!!!!!. 
hehe. tiada kaitan antara yang hidup mahu pun yang sudah meninggal dunia
Lame ni tak update, terasa blur pulak ape nak update ni . lantoklahh .
sekarang dah ada idea ni. Tanpa membuang masa jum lah start baca




Pernah main laying-layang. Omputih panggil kite . hehe. 
Takpe harini kita memartabatkan bahasa melayu ye. Entry tia suci daripada bahasa asing. 
Harini je. Hehehe .


Perkataan laying-layang digunakan dikebangyakan negeri seperti johor , Selangor, Melaka dan sekitarnya.
 Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Sri Lanang yang menyatakan
 Raja Ahmad turut bermain laying-layang ( sumber : Wikipedia )
Dah macam masuk kelas sejarah kita hari ni ye?.
tapi bagus untuk menambah ilmu pengetahuan.lagipun setiap peristiwa ada sejarahnya kan?

ni bukan atok tia! atok tia handsome lagi
ni culik dari GOOGLE


Main wau ni tak semua orang pernah main. Macam main video.
 Setakat tengok tu biasalah, tapi pernah rasa feel menerbangkannya?
 *diulang WAU bukan LAYANG_LAYANG. 
Hehe tia baru je suruh atuk tia buat wau. Sesuke je kan suruh-suruh orang . hahaha .
 saje bagi atuk tia tu ade kerja sikit. *kueng asam punye cucu!
So, benda paling asas untuk buat wau ape ye adik-adik . hah . buluh! . 
buluh tu pulak tak boleh tua sangat tak boleh muda sangat. Series mengada-ngada jugak nak buat wau ni. Alah senag cerita cari buluh belia remaja macam usia kita ni. 
Hehe. Common lahh dekat kampong la nama kan. 
Memang bersepah-sepah pokok buluh, niat je nak cari. Jumpe lahh !


Okey sekarang segmen pembuatan WAU ! . wau yang saya akan buat adalah WAU BULAN. 





Pertama buluh mesti diraut halus supaya seimbang kiri dan kanan. Bahagian ni penting ya pembaca sebab taklah wau anda tu nanti berat sebelah. Alamatnya tersungkur menyembah bumi lahh gamaknya.

Seterusnya bahagian tulang belakang. Dan tidak ketinggalan ekornya juga. Semua bahagian perlu diikat dengan kemas menggunakan tali atau banang . dah jadi dah tu ! nak cantik? Tampal dengan kertas warna.
Masa nilahh kreativiti terserlahbakat terpendam anda.
 Buatlah corak batik ke, corak kain pelikat ke, ahhh ape-apelahh ye.


Sekarang taddaaaaa. Wau dah siap. Kena pulak kalau musim angin monsoon . wahhh melambai-lambailahh wau kita tu ye nanti. Nak main wau kena di kawasan yang lapang ye adik-adik.
 Kalau tak , memang menangis lahh tersangkut dekat pokok kelapa.
Okey selamat mencuba. Kbai!

ditaip oleh cik siti nor fatia

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




 
Segala Yang Termaktub di Atas Adalah Hak Milik Nor Fathiah