ads

karangan perihal diri. dan perancangan kerjaya



lama tak update. harap je online tapi update nye tak juga
hehe . tia pernah bilangkan . mungkin suatu hari nanti tia akan
lembap sikit dalam bidang blogging ni. 
keh keh keh

tau! tia teringin nak belajar dekat oversea
 tetiba je kawan tia haritu text
wehh kau taknak isi borang mara doe?

ush kecut perut dengar MARA . yelahh
korang pun tau kan. gagal kena tendang woo
tapi kalau dekat U dah tak macam alam persekolahan dulu.
banyak betul subjek. insya-ALLAH doakan tia ea?
kalau dapat. hehe

malas nak panjang-panjang cube kalian baca nihh
i make it by myself tau. no copy-copy lahhh
hehe. 

Saya  Nor Fathiah binti Fairul Anuar, berumur  18 tahun pada 2012 lahir pada 30 September 1994 di Kuala Kangsar, Perak. Saya merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Desa Jaya, Johor Bahru, Johor daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6. Alhamdullilah, dengan mendapat 5A dalam UPSR saya meneruskan pelajaran ke sekolah yang berasrama. SMK Agama Johor Bahru merupakan sekolah kedua saya setelah menamatkan pengajian di sekolah rendah. Dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 akhirnya saya dapat menamatkan alam persekolahan dengan jayanya. Alhamdullilah dengan berbekalkan keputusan SPM yang cemerlang , 7A, saya ingin melanjutkan pelajaran saya ke peringkat yang lebih menjamin masa hadapan saya.

Andai kata, saya dapat mengikuti program ini, saya berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh. Kemudian saya akan mencari pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang saya ceburi.

Sekian sahaja serba sedikit perihal mengenai diri saya dan perancangan kerjaya yang ingin saya lakukan.
 
Sekarang , saya ingin melanjutkan pelajaran dengan mengikuti program khas tajaan MARA, Program Ijazah Luar & Dalam Negara Cemerlang IPMa dalam bidang perakaunan, memandangkan subjek perakaunan merupakan subjek kegemaran saya. Malah, di sekolah, saya sering menjadi kaunter pertanyaan  antara rakan-rakan yang menyebabkan saya lebih mudah untuk mempelajarinya. Hal ini menjadi tonggak utama kejayaan saya dalam bidang ini. Oleh itu, saya berharap agar dapat menceburi bidang ini dengan lebih mendalam. Tambahan pula, saya ingin membalas jasa kedua ibu bapa saya yang membanting tulang untuk memberi saya dan adik-adik pelajaran supaya menjadi orang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.
Insya-Allah saya akan membuka perniaagan untuk memajukan ekonomi Negara seterusnya menjamin kehidupan yang lebih baik dan membuktikan bahawa Bumiputera juga boleh mengecapi kejayaan.



waduhh terasa macam nak ambik bidang sastera pulak.
hehehe .

sekian

ditaip oleh cik siti nor fatia

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




 
Segala Yang Termaktub di Atas Adalah Hak Milik Nor Fathiah